“Tak Berubah..” – Terlalu Manja? Hyeri Dikritik Sering Buat Sentuhan Fizikal Berlebihan Dengan Selebriti Lelaki

EntertainmentLifestyle
11 Jul 2025 • 3:16 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Siapa yang kenal Hye-ri pastinya tahu dia memang seorang yang ramah dan mudah mesra.

Namun menerusi komuniti dalam talian baru-baru ini, hantaran mengenai Hye-ri telah tular mendapat perhatian, sehingga mencecah 270,000 tontonan setakat ini.

Khususnya, netizen telah memuat naik semula banyak klip Hye-ri, ketika wanita itu dilihat kerap melakukan sentuhan fizikal dengan rakan selebriti lelakinya.

image is not available

Dari menyentuh badan, bersandar dan memukul, hantaran tersebut lantas menjadi bualan netizen yang menganggapnya sering ingin mendapat perhatian lelaki.

Antara komen yang ditulis,

  • Ia bukan masalah besar kerana dia juga buat macam tu dengan wanita tapi, mungkin dia kena jaga batas kot kalau dengan lelaki.
  • Bila fikir balik…dia buat semua ni waktu tengah bercinta dengan Ryu Jun-yeol.
  • Saya masih ingat masa dia dalam Girls’ Day dulu dia sering dikecam kerana perkara ini. Nampaknya dia masih tak berubah.

Namun, ramai juga yang tampil mempertahankannya dan percaya bahawa Hye-ri hanya seorang yang peramah serta itu hanyalah personalitinya.

Hmmm apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved