“Tak best langsung!” – ‘Rate’ Filem Sumpahan Jerunei 2/10, 2 Individu Undang Perbalahan Netizen

Entertainment
31 Jul 2023 • 4:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Industri filem Malaysia dilihat semakin berkembang dengan karya-karya yang luar dari kebiasaan dan lebih bereksperimentasi.

Terbaru, filem bergenre seram Sumpahan Jerunei kini sedang ditayangkan di pawagam, dibintangi oleh nama-nama besar seperti Bront Palarae, Amerul Affendi serta Daiyan Trisha, filem ini mengangkat cerita rakyat kaum Melanau di Sarawak.

Filem arahan Jason Chong itu mencipta sejarah apabila ia berjaya merangkul 6 trofi di Florence Film Awards, Itali dan Paris Film Awards, Perancis.

Namun, di Twitter terdapat dua individu yang meletakkan rating sangat rendah iaitu 2/10 bagi filem tersebut, rating itu menimbulkan perbalahan di antara netizen yang menganggap nilai itu terlalu rendah.

image is not available

Untuk video penuh, klik di sini.

“Cerita ni layak masuk TV9 je tak layak masuk wayang, sumpah tak best langsung. Aku rasa kerja-kerja budak fakulti filem lagi best dari filem ni.

Korang takyah bazir duit tengok cerita ni. Dalam sejarah inilah cerita paling tak best aku tengok,” katanya.

Review yang diberikan oleh dua individu itu tidak dipersetujui sepenuhnya oleh netizen, ada yang merasakan filem itu perlu pembaikan dalam imej janaan komputer (CGI) namun penceritaan serta lakonan yang dipertaruhkan sangat baik.

Ada juga netizen yang menegaskan tidak semua orang mempunyai selera dalam filem yang sama dan dua individu itu tidak seharusnya melarang orang ramai dari menonton filem tersebut.

image is not available

Malah, ada juga netizen yang merupakan dari suku kaum Melanau di Sarawak memuji usaha pembikinan filem ini yang memaparkan cerita serta tradisi kaum tersebut.

image is not available

Hmm, korang dah tengok ke filem ni?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.