Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming, tampil memberikan penjelasan selepas seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa apabila pihak restoran Rembayung tidak membenarkan dua meja makan digabungkan ketika kunjungan bersama keluarga.
Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat berdasarkan jenis meja serta kapasiti tempat duduk yang tersedia di restoran berkenaan.
AdvertisementPelanggan Buat Dua Tempahan Pada Waktu Berbeza
Menurut Khairul Aming, pelanggan terbabit sebenarnya membuat dua tempahan berasingan, masing-masing untuk empat orang pada pukul 8 malam dan empat orang lagi pada pukul 8.15 malam.

Walaupun restoran ketika itu beroperasi pada kapasiti penuh, pihaknya tetap berusaha mendapatkan meja yang bersebelahan bagi memudahkan keluarga tersebut menikmati hidangan bersama.
“Untuk penjelasan, Rembayung ada dua jenis meja, meja panjang dan petak. Meja dalam gambar ni adalah meja petak di mana bila digabung, cuma akan muat enam orang, bukan lapan orang.”
“Cik buat dua tempahan berasingan empat orang (8 malam) dan empat orang (8.15 malam) dan kami cuba yang terbaik dapatkan meja sebelah-sebelah walaupun restoran sedang full house,” jelasnya.
Gabung Dua Meja Hanya Muat Enam Orang
Khairul Aming turut menjelaskan bahawa dua meja petak yang disediakan tidak sesuai digabungkan kerana tindakan itu akan mengurangkan jumlah tempat duduk.
Menurutnya, jika kedua-dua meja tersebut digabungkan, hanya enam orang boleh duduk berbanding lapan orang apabila meja digunakan secara berasingan.


“Cuma dua meja petak ni tidak boleh digabung sebab akan jadi table 6 orang, lagi kurang orang yang muat dari yang asal 4 orang + 4 orang,” katanya.
Penjelasan tersebut diberikan bagi menerangkan kekangan susun atur meja yang dihadapi pihak restoran ketika menerima tempahan pelanggan berkenaan.
Pelanggan Sebelum Ini Luah Rasa Terkilan Tak Dibenarkan ‘Combine Meja’
Terdahulu, seorang individu berkongsi rasa kecewa selepas pihak restoran Rembayung tidak membenarkan meja makan digabungkan untuk keluarganya.
Menurut perkongsian tersebut, kunjungan mereka ke restoran berkenaan adalah bagi meraikan ulang tahun kelahiran ibu mentuanya.
View this post on Instagram
Luahan itu kemudian mendapat perhatian pengguna media sosial sehingga Khairul Aming tampil menjelaskan situasi sebenar dari sudut pengurusan restoran.
Khairul Aming Jelaskan Kekangan Operasi Restoran
Meskipun berdepan situasi restoran yang penuh dengan pelanggan, Khairul Aming menegaskan pihaknya telah berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dengan menyediakan meja bersebelahan untuk kedua-dua tempahan.
Isu tersebut turut mengundang pelbagai reaksi netizen, khususnya mengenai pengurusan tempahan, susun atur tempat duduk dan jangkaan pelanggan ketika mengunjungi restoran yang menerima jumlah pengunjung tinggi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Syabas!” – Ibu Aliff Aziz Didakwa Sindir Perkahwinan Bella Astillah, Anak Tegur “Tak Payahlah Umi”
The post “Tak Boleh Ada Budi Bicara Ke, Kami Kecewa Sangat” – Individu Tak Puas Hati Tak Dibenarkan Gabung Meja, Khairul Aming Respon first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



