Genap Usia 34 Tahun, Khairul Aming Tak Sangka Hidupnya Berubah Selepas 10 Tahun

25 Sep 2026 • 4:43 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Genap Usia 34 Tahun, Khairul Aming Tak Sangka Hidupnya Berubah Selepas 10 Tahun

Adakalanya, hari lahir membuatkan seseorang berhenti seketika untuk mengenang kembali perjalanan hidup, termasuk apa yang pernah dilalui dan sejauh mana mereka sudah melangkah.

Mungkin ada yang sejak awal sudah merancang kehidupan seperti yang dimiliki hari ini, namun tidak kurang juga yang tidak pernah menyangka mereka akan berada di titik ini.

Namun, ada juga yang mungkin tidak terlalu memikirkan bagaimana kehidupan mereka pada masa hadapan dan memilih untuk menjalani kehidupan mengikut apa yang berlaku.

Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming, turut mengambil kesempatan pada hari lahirnya untuk mengenang kembali perjalanan hidup yang dilaluinya.

Menerusi satu hantaran di Threads, Khairul Aming berkongsi bahawa hari ini merupakan hari lahirnya selain memuat naik dua foto yang memaparkan dirinya sekarang dan 10 tahun lalu.

Khairul Aming Genap 34 Tahun

Image from: Genap Usia 34 Tahun, Khairul Aming Tak Sangka Hidupnya Berubah Selepas 10 Tahun

Katanya, ketika berusia 24 tahun, pernah terdetik di hatinya persoalan tentang hala tuju kehidupannya 10 tahun kemudian.

"Sewaktu umur 24, pernah terdetik dalam hati kemanakah halatuju hidup 10 tahun lagi," katanya.

Ujarnya, tanpa disangka, kehidupannya kini sudah jauh berubah berbanding dahulu.

Pada masa sama, dia meluahkan rasa syukur kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik, selain diberi peluang untuk menjalankan perniagaan dan membuka ruang rezeki kepada anak tempatan.

Baca juga:

Khairul Aming turut menzahirkan penghargaan kepada individu-individu baik yang sentiasa berada di sekelilingnya, termasuk mereka yang memberikan sokongan sepanjang perjalanannya.

"Pejam celik, tak sangka yang hidup sekarang dah jauh berubah dari dulu. Alhamdulillah dikurniakan kesihatan tubuh badan, diberikan peluang berniaga untuk anak tempatan dan dikelilingi orang-orang baik macam anda semua.

"Selamat hari jadi yang ke-34 wahai Khairul Aming," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut mengambil peluang mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada pempengaruh itu.

Image from: Genap Usia 34 Tahun, Khairul Aming Tak Sangka Hidupnya Berubah Selepas 10 Tahun
Image from: Genap Usia 34 Tahun, Khairul Aming Tak Sangka Hidupnya Berubah Selepas 10 Tahun
Image from: Genap Usia 34 Tahun, Khairul Aming Tak Sangka Hidupnya Berubah Selepas 10 Tahun

Sebagai info, sebelum Khairul Aming menceburkan diri dalam dunia penciptaan konten dan perniagaan, beliau bekerja sebagai jurutera dalam sektor minyak dan has serta dalam bidang logistik.

Dalam satu perkongsian terdahulu, Khairul Aming mula membuat video memasaknya yang pertama pada tahun 2016 tanpa sebarang kelengkapan profesional.

Bermula dari situlah, nama Khairul Aming terus meningkat naik dan akhirnya menjadi kebanggaan ramai rakyat Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved