“Baru semangat nak battle” – Isu ‘Scalper’ Rembayung, Khairul Aming Umum Bakal Tukar Sistem Booking

LocalBusiness & Finance
24 Sep 2026 • 6:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

rembayung khairul aming sistem booking baharu

Sejak Rembayung dibuka, isu scalper atau ulat tiket yang membolot slot tempahan kemudian dijual semula pada harga lebih mahal menjadi antara rungutan terbesar orang ramai.

Dalam perkembangan terkini, usahawan dan pempengaruh Khairul Aming memaklumkan bahawa restorannya kini sedang menguji sistem tempahan baharu bagi mengurangkan masalah tersebut.

Bukan lagi Umai

Menurut Khairul Aming, Rembayung sedang menjalankan percubaan untuk beralih daripada platform tempahan Umai kepada sistem baharu yang dibangunkan khas.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan semua tempahan dine-in dan takeaway yang telah dibuat melalui Umai sehingga 4 Oktober masih kekal sah dan tidak akan dibatalkan.

Pada masa sama, tempahan bagi tarikh 5 Oktober dan ke atas ditutup buat sementara waktu sehingga sistem baharu itu diperkenalkan kepada orang ramai.

Khairul Aming turut memohon orang ramai mendoakan agar percubaan tersebut berjaya dan benar-benar dapat mengurangkan aktiviti scalper yang menjejaskan peluang pelanggan mendapatkan slot secara adil.

 

Artikel berkaitan: Kembali ‘Fit’! Khairul Aming Kongsi Hasil Turun Berat 24kg Dalam Masa Setahun

Perkembangan tersebut nyata disambut baik oleh orang ramai yang rata-ratanya menyokong usaha Rembayung beralih kepada sistem tempahan baharu demi membendung aktiviti scalper.

Ramai menganggap langkah itu sebagai berita yang ditunggu-tunggu, malah ada yang mengakui sudah bersedia untuk kembali battle mendapatkan slot sebaik sistem baharu dilancarkan.

Screenshot 2026 09 24 175113 Screenshot 2026 09 24 175119 Screenshot 2026 09 24 175129

Sebelum ini, Khairul Aming pernah menjelaskan bahawa pihaknya sudah mencuba pelbagai cara untuk mengatasi isu scalper dalam tempahan slot.

Beliau turut mengakui tiada rujukan daripada mana-mana restoran lain di Malaysia yang pernah berdepan situasi sebegitu, sambil berharap orang ramai memberi ruang kepadanya untuk mencari solusi terbaik buat semua pelanggan.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved