“Tak boleh berpakaian seperti wanita” – Kerajaan Perketat Peraturan Bagi Konsert Artis Luar Negara

15 Mar 2023 • 4:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak tahun lepas, memang banyak betul artis-artis luar yang buat konsert di Malaysia kan? Memang seronok betul kalau dapat tengok artis yang kita minat perform depan mata.

Disebabkan ini, baru-baru ini beberapa peraturan baru telah pun ditambah oleh Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) untuk artis luar negara yang mahu membuat persembahan di sini.

Antara peraturan baru yang ditambah adalah, artis lelaki luar negara dilarang untuk berpakaian seperti wanita ketika membuat persembahan. Selain itu, artis lelaki atau wanita juga dilarang untuk membuka pakaian ketika persembahan.

Tak cukup dengan itu, Puspal juga turut menambah peraturan baru di mana konsert berskala besar oleh artis luar negara tidak dibenarkan dibuat malam sebelum atau pada hari yang sama ketika cuti umum Islamik melainkan dibenarkan oleh pihak berkuasa Islam.

image is not available

Mengulas mengenai peraturan ini, Menteri Komunikasi & Digital Fahmi Fadzil mengatakan peraturan yang dibuat ini adalah bagi melindungi sensitiviti semua orang di Malaysia.

Kita telah pun berbincang dengan semua komuniti termasuk orang Islam dan bukan Islam ketika membuat peraturan ini.

“Pada masa yang sama, peraturan ini juga turut ditambahbaik selepas menerima respon dari pemain industri. Kami bersetuju untuk membuat peraturan yang lebih jelas dan mudah difahami.”

Tambahnya lagi, peraturan baru ini dijangka akan siap pada Disember tahun ini dan akan dikuatkuasakan pada tahun 2024.

Malaysia merancang untuk menarik lebih ramai artis antarabangsa untuk membuat persembahan di sini.”

Mengenai peraturan artis luar negara lelaki dilarang untuk berpakaian seperti wanita, Fahmi mengatakan Malaysia tidak mendikriminasikan mana-mana artis antarabangsa yang mahu datang ke sini, tapi mereka perlu mengikuti peraturan di sini bila membuat persembahan.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.