Tak Boleh Diteruskan, Trump ‘Mengaku Kalah’ Perang Perdagangan Dengan China

WorldPolitics
24 Apr 2025 • 2:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akhirnya memberi petunjuk bahawa tarif tinggi yang dikenakan terhadap barangan dari China dalam perang dagang akan dikurangkan ‘secara besar-besaran’, menurut laporan CNN.

Kenyataan itu dibuat selepas beberapa minggu ketegangan memuncak akibat perang dagang yang turut memberi kesan kepada pasaran global.

Trump, yang sebelum ini tegas dengan pendekatan “America First“, kini menunjukkan perubahan nada dan menyatakan bahawa tarif setinggi 145% ke atas produk dari China “takkan kekal setinggi itu.”

“145% memang tinggi sangat. Ia takkan setinggi itu. Ia akan turun banyak… tapi bukan sampai kosong,” katanya kepada para wartawan di Rumah Putih.

Beberapa jam sebelum kenyataan Trump, Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, dalam satu sesi tertutup bersama pelabur yang dianjurkan oleh JP Morgan Chase, berkata bahawa perang dagang ini ‘tak boleh diteruskan’ dan akan berakhir dalam masa terdekat.

image is not available

Menurut sumber CNN, Bessent menjelaskan bahawa matlamat utama bukanlah untuk memutuskan hubungan perdagangan, sebaliknya untuk ‘menyusun semula’ imbangan perniagaan antara Amerika Syarikat dan China.

Trump turut menyuarakan keinginannya untuk mengekalkan hubungan baik dengan Presiden China, Xi Jinping.

Kami akan sangat baik. Mereka juga akan sangat baik. Dan kita akan tengok apa yang berlaku,” ujar Trump, sambil menegaskan bahawa rundingan ini tidak ada kaitan dengan isu COVID-19.

Kalau mereka tak buat perjanjian, mereka takkan dapat berniaga di AS. Tapi saya rasa kita akan hidup bahagia dan bekerjasama. Saya rasa semuanya akan jadi baik.

Walau bagaimanapun, menurut sumber kerajaan China, sebelum Trump mengumumkan “Liberation Day” tarif pada 2 April lalu, Beijing telah pun melantik wakil rundingan, namun mereka keliru siapakah wakil sah dari pihak AS kerana Trump dilihat seakan mahu bertindak secara sendirian dalam rundingan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 week ago

Bukan Lagi 145%, Trump Kenakan Tarif Baharu Sehingga 245% Kepada China