“Tak boleh lift sahaja, saya defend” – Gelagat Tang Jie–Ee Wei Tular, Bagi Arahan Dalam Bahasa Melayu Buat Netizen Terhibur

21 Sep 2025 • 1:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gelagat beregu campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei, yang berkomunikasi dalam bahasa Melayu ketika beraksi di separuh akhir Masters China di Shenzhen Arena semalam mencuit hati netizen.

Dalam rakaman video yang tular di TikTok, pasangan itu kedengaran memberi arahan seperti “tak boleh lift sahaja, saya defend” dan “tangan dia panjang, kalau saya block semua jaga” yang membuatkan penonton terhibur.

Selain itu, pertukaran arahan ringkas seperti “depan!” dan “tukar!” turut membantu mereka menyusun strategi, sekali gus mengelirukan lawan yang juga gandingan nombor satu dunia, Feng Yanzhe–Huang Dongping.

image is not available
Gandingan beregu badminton campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei

Rata-rata warganet menganggap penggunaan bahasa Melayu itu sebagai satu kelebihan yang tidak dijangka.

“Bahasa Melayu ini memang secret weapon bila main di luar negara,” kata seorang pengguna, Chin.

Seorang lagi penonton, Mohd Nasrullah pula menulis: “Best tengok mereka berkomunikasi, main pun nampak ceria saja.”

Dalam pertarungan penuh dramatik itu, Tang Jie–Ee Wei bangkit selepas tewas tipis 22-24 pada set pertama untuk mencatat kemenangan dua set berikutnya, 21-19, 21-17, sekali gus menamatkan perlawanan sengit selama 80 minit.

Kejayaan tersebut memastikan rekod tanpa kalah mereka terus kekal sejak menjuarai Kejohanan Dunia di Paris bulan lalu, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai antara beregu campuran paling digeruni di arena antarabangsa.

Kini, mereka hanya tinggal selangkah lagi untuk menambah koleksi gelaran apabila dijadualkan menentang gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh–Supissara Paewsampran, di pentas final hari ini.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.