
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui, tiada aurat di antara suami isteri, mereka boleh melihat tubuh badan masing-masing dan bersentuhan termasuklah bersetubuh.
Namun, bagaimana pula dengan pasangan yang baru sahaja bercerai dan masih dalam tempoh idah?
Susulan itu, pendakwah bebas, Datuk Syeikh Faisol Omar tampil memberi penjelasan berhubung perkara terbabit.
Suami isteri haram istimta’ walaupun dalam tempoh idah
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Syeikh Faisol memberi penjelasan selepas diajukan soalan oleh pengguna media sosial berhubung pasangan artis yang bersalam-salaman usai proses penceraian baru-baru ini.
Menurutnya, haram pasangan suami isteri yang sudah bercerai talak raji melakukan istimta’ walaupun dalam tempoh idah mengikut mazhab Syafie.
“Istimta’ itu perlakuan sebagai suami isteri, contoh bersentuhan maknanya pegang-pegang tu, berjabat tangan bersentuhanlah. Bersetubuh, tidur sekali, melihat aurat, semua tu adalah haram. Isteri yang sedang beridah, kena menutup aurat sepenuhnya,” katanya.
Menurutnya, seorang isteri perlulah menutup aurat sepenuhnya kerana suami yang telah menceraikannya tidak boleh melihat walaupun dia sedang beridah.
Apa jadi kalau pasangan bercerai bersetubuh?
Beliau turut menjelaskan sekiranya berlaku persetubuhan antara pasangan suami isteri yang sudah bercerai dalam tempoh idah.
Jelasnya, suami tidak dihukum hudud sekiranya tidak mengetahui bahawa hukum bersetubuh dengan isteri dalam tempoh idah adalah haram, manakala bagi yang tahu pula akan dikenakan hukum takzir ke atasnya.
“Dia dihukum takzir sebagai tindakan kerana dia buat maksiat tersebut. Itu hukum dalam mazhab Syafie. Duduk sekali pun tak boleh. Bermakna suami isteri yang bercerai dengan talak raji ini, sepanjang tempoh beridah, mereka tidak boleh beradegan sebagai suami isteri.
“Cuma suami itu boleh rujuk balik isteri dalam tempoh idah itu sahaja. Kalau dia ingin mengembalikan istimta’, sila rujuk balik lah,” katanya lagi.
Jangan salam dan dedah aurat, apatah lagi bersetubuh jika sudah bercerai
Sehubungan itu, Syeikh Faisol menasihati pasangan yang sudah bercerai agar tidak bersalam-salaman, mendedahkan aurat dan bersetubuh.
“Ada sesetengah hakim syarie di Mahkamah Syariah tu sebelum suami melepaskan cerai, dia kata ‘okay nak salam, sila lah sebelum lafaz cerai. Nak minta maaf sila lah’. Masa tu salam, lepas dah bercerai, tidak boleh lagi,” ujarnya.
Menurut Syeikh Faisol, apa yang disampaikannya termaktub dalam Kitab Al Mu’tamad Fil Fiqqih jilid yang ke-4. jilid yang ke-4 muka surat 190.
Sebagai info, talak raji bermaksud talak satu atau dua yang boleh dirujuk, manakala talak bain adalah talak yang tidak boleh dirujuk suami, namun si isteri boleh dinikahi semula dengan akad serta mas kahwin yang baru.
#DatoSyeikhFaisolHjOmar #SyeikhFaisolHjOmar #SyeikhAhmadFaisol #SyeikhFaisol #fyp #2025


![“Nangis Pun Sumbang” – Ramai Bingung Dengar Single Bertajuk ‘Lagu Tersedih’ Dari Seberang [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/music.jpeg)
![Tak Yakin Hasrat Anak Nak Jual Air Balang, Tanggapan Ibu Berubah Lepas Tengok Air Laris Terjual [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
![“Dating Versi Halal” – Satu Keluarga Teman Anak Perempuan Pergi Dating Curi Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)