Tak Dikenali Selama 8 Tahun, Byun Wooseok Dedah Tak Pernah Cemburu Dengan Kejayaan Pelakon Lain

Entertainment
9 Jun 2024 • 12:34 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Meskipun lambat untuk mencapai populariti, Byun Woo-seok telah mendedahkan bahawa dirinya tidak pernah mencemburui kejayaan rakan-rakannya.

Dalam temu bual bersama media Taiwan, Byun Woo-seok telah ditanya sama ada dia pernah berasa kecewa atau cemburu selepas melihat rakan-rakannya, Jang Ki-yong, Nam Joo-hyuk dan Joo Woo-jae menjadi terkenal lebih awal dari dirinya.

Pelakon itu menjawab,

Sejujurnya, sejak dari kecil lagi saya percaya yang ada sebab disebalik kejayaan seseorang. Kejayaan itu mereka dapat disebabkan oleh dedikasi serta kerja keras mereka jadi saya sangat menghormatinya.

Malah, pelakon “Lovely Runner” itu turut mendedahkan bahawa keempat-empat mereka masih berhubung rapat diantara satu sama lain dan mereka, terutamanya Joo Woo-jae, turut memberi sokongan terhadap dramanya.

image is not available

Katanya,

Selepas dua episod pertama ‘Lovely Runner’ disiarkan, Joo Woo-jae tiba-tiba mesej saya dan kata ‘drama ini sangat bagus. Saya percaya yang drama ini akan berjaya dan terkenal’.

Pemikiran positif macam ni la yang kita mahukan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.