“Tak elok perut budak tu” – [VIDEO] Bapa Ajar Anak Kecil Makan Pedas Undang Teguran Netizen

Entertainment
30 Dec 2022 • 3:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malaysia adalah negara yang mempunyai pelbagai adat dan budaya serta masyarakat yang berbilang bangsa hidup dalam harmoni, ini juga bermaksud Malaysia mempunyai pelbagai juadah yang berlainan.

Namun, pasti ramai yang tahu mengenai makanan di Malaysia yang kaya dengan rempah ratus dan rasanya yang pedas. Tapi korang ingat tak pada umur berapa korang start makan makanan pedas?

Macam baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang ayah sedang mengajar anak kecilnya untuk menikmati beberapa juadah yang dipercayai agak pedas untuk budak kecil.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat si bapa sedang menyuap anaknya dengan pelbagai juadah makanan yang ada di Malaysia dan dia memberikan challenge kepada anaknya itu untuk merasai dan menahan kepedasan makanan tersebut.

Si bapa tersebut menyuapkan makanan nasi kandar yang semua sedia maklum bahawa makanan tersebut memang terkenal dengan kuah kari yang pedas dan berempah.

Pemilik akaun yang dikenali sebagai @bapabros dipercayai seorang food influencer yang gemar berkongsi video mengenai dia dan anaknya sedang menikmati pelbagai makanan di Malaysia.

“Comel! tapi mungkin memudaratkan kesihatan anak kecil” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan pelbagai reaksi ke atas tindakan si bapa itu kerana ada segelintir netizen yang memuji cara si bapa mengajar anak kecilnya untuk menikmati makanan yang pedas.

Bagaimanapun, ada netizen yang mengingatkan kepada si bapa bahawa tindakannya itu mungkin boleh memudaratkan kesihatan si kecil itu.

image is not available

image is not available

Power betul dia ni! Min kalau makan pedas pun confirm berpeluh..

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.