“Tak faham bahasa” – [VIDEO] Gadis Geram Diganggu Lelaki Gatal Walaupun Dah Mengaku Tunangan Orang

Entertainment
22 Jun 2022 • 1:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tak kira pada waktu siang atau malam, kebiasaannya golongan wanita terutama sekali gadis berusia muda kerap menjadi sasaran gangguan lelaki gatal. Pantang sahaja nampak seseorang itu bersendirian, mereka akan datang mendekati kononnya nak ambil berat menggunakan ayat-ayat manis. Lebih menakutkan jika mereka cuba untuk menyentuh atau buat perkara bukan-bukan.

Baru-baru ini tular di laman TikTok seorang gadis @nrzzati._ sempat berkongsikan gangguan yang dihadapinya di tepi pantai apabila didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali mengajaknya untuk naik jet ski.

@nrzzati._

Aku ni dah rasa macam mana perit kena khianat tau, dah rasa sakit kena tinggal. Sorry boya, silap target image is not available Sila cari target lain.

♬ original sound – Z A T I – Z A T I image is not available

Lelaki gatal masih ganggu walaupun dah cakap tunang orang

image is not available

Dalam video tersebut, gadis berkenaan yang lebih dikenali sebagai Zati telah menyatakan status dirinya yang merupakan tunangan orang untuk memutuskan sapaan dan bagi mengelakkan lelaki berkenaan daripada meneruskan perbualan.

Namun, penjelasan gadis tersebut seolah-olah tidak dipedulikan oleh stranger terbabit yang bertindak untuk meneruskan perbualan. Bukan itu sahaja, individu berkenaan malah cuba ‘meracun’ pemikiran Zati dengan cara memburukkan tunangnya pula.

Lelaki gatal sempat cerita diri tengah ‘heartbroken’

Lelaki tersebut sempat mengaku bahawa tak salah untuk dia berkenalan dengan gadis berkenaan malah sempat berkata yang sepatutnya tunang Zati harus sentiasa menemaninya sepanjang masa. Selain itu, stranger berkenaan siap bercerita dirinya pernah heartbroken dan pernah dipukau perempuan lain.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meminta gadis ini untuk tidak pergi berseorangan ke pantai serta menghiraukan mana-mana lelaki yang ajak berbual atas faktor keselamatan.

image is not available

Kalau nak keluar jalan-jalan pergi pantai atau tempat yang agak sunyi, lebih baik berteman ya!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.