“Tak Guna Boleh Menari Je..” – Beri Nasihat Buat Pelatih, Xiumin EXO ‘Perli’ Penyanyi Baru?

Music
28 Aug 2023 • 10:44 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sudah lebih 10 tahun dalam industri hiburan, Xiumin EXO pastinya mempunyai banyak pengalaman yang boleh menjadi inspirasi buat penyanyi baru.

Baru-baru ini, Xiumin telah muncul dalam episod 5 program survival SM Entertainment “NCT Universe: LASTART”, di mana dia berjumpa dengan pelatih yang akan membuat persembahan untuk lagu kumpulannya “Electric Kiss”.

Selepas memantau tarian peserta, lelaki itu bertanya,

Awak semua berlatih menyanyi juga kan?

Sambung Xiumin dengan memberi nasihat,

Sejujurnya, menari tidak begitu penting. Menyanyi adalah yang paling penting. Jika awak tak boleh menyanyi dengan baik, tidak kira betapa mahir awak boleh menari, awak tidak akan kelihatan berbakat.

Selepas klip itu tersebar, netizen rata-rata setuju dengan kenyataan Xiumin dan menyatakan bahawa ia adalah nasihat yang bernas buat semua idola.

Haa korang setuju tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.