“Tak Ingat Pun..” – T.O.P Nafi Lakukan Tarian BIGBANG Dalam ‘Squid Game 2’

EntertainmentMovie
25 Jan 2025 • 1:25 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Meskipun bukan watak utama, penampilan T.O.P dalam “Squid Game 2” tidak dinafikan telah menjadi perhatian dan bualan ramai orang.

Baru-baru ini, T.O.P telah terlibat dalam satu temu bual khas, di mana dia ada berkongsi tentang wataknya sebagai Thanos dalam “Squid Game 2”.

Khususnya, ada soalan yang ditanya sekiranya benar dia melakukan tarian BIGBANG dalam salah satu adegan dalam drama tersebut seperti yang ditebak ramai. Jawab T.O.P jujur,

Nah, mengenai tarian semasa permainan ‘Mingle’, saya sebenarnya tidak berniat melakukan koreo lama itu (BANG BANG BANG). Semasa mendalami watak, saya hanya memikirkan jenis tarian yang akan dilakukan Thanos di tempat kejadian.

Jelasnya lagi,

Mengikut lirik lagu permainan tersebut, saya akhirnya melakukan tarian seperti itu. Sebenarnya, saya tidak ingat pun mengenai tarian itu dan bila saya menonton drama tersebut, barulah saya perasan. Itu bukan niat saya sama sekali.

Mesti ramai kan yang rindu nak tengok T.O.P dengan BIGBANG sekali?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.