Rumusan Artikel
Fazley Yaakob menegur netizen yang mempersoalkan perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq.
Fazley berkata status janda bukan ukuran seseorang itu mampu atau tidak membahagiakan pasangan.
Beliau menegaskan “tak jatuh hina pun kahwin janda” bagi seorang lelaki teruna.
Fazley menyeru orang ramai mendoakan kebahagiaan pasangan daripada mempersoalkan takdir dan jodoh mereka.
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil menegur segelintir netizen yang mempersoalkan keputusan penyanyi Bella Astillah dan Syed Saddiq untuk mendirikan rumah tangga.
AdvertisementMenurut Fazley atau nama lengkapnya Ahmad Fadzli Yaakob, 48, masih terdapat netizen di Threads yang mempersoalkan mengapa Syed Saddiq memilih seorang wanita berstatus janda dan mempunyai dua cahaya mata sebagai isteri.

Tegur Netizen Persoal Status Bella
Menerusi perkongsian di Threads, Fazley menyifatkan persoalan berkenaan tidak sepatutnya dibangkitkan kerana status seseorang wanita bukan ukuran kebahagiaan dalam rumah tangga.
“Ramai jugak orang yang ‘bodoh piang’ zaman-zaman Threads ni? Bila BASS dah nikah, ramai pula yang persoalkan kenapa pilih janda anak dua?”
Fazley berkata, seseorang yang berstatus anak dara tidak semestinya mampu memberikan kebahagiaan dalam rumah tangga, begitu juga seorang janda tidak seharusnya dipandang rendah.
“Yang anak dara belum tentu boleh membahagiakan selamanya, dan yang janda pulak mana tahu boleh bantu bawa ke pintu syurga.”
“Tak Jatuh Hina Pun Kahwin Janda”
Pelantun lagu Asmara Ini itu turut menegaskan bahawa seorang lelaki teruna tidak akan menjadi hina hanya kerana memilih wanita berstatus janda sebagai isteri.
“Tak jatuh hina pun kahwin janda, dan bukan dapat anugerah pun kahwin anak dara.”
Dalam pada itu, Fazley mengingatkan orang ramai supaya mendoakan kebahagiaan pasangan berbanding mempertikaikan pilihan serta jodoh mereka.
View this post on Instagram
“Doakan kebahagian orang dapat pahala tau daripada buat dosa kering persoalkan takdir dan jodoh,” tulisnya.
Bella Astillah Dan Syed Saddiq Selamat Bernikah
Semalam, Bella Astillah dan Syed Saddiq selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Menara Merdeka 118.
Pasangan berkenaan turut dijadualkan mengadakan tiga majlis resepsi di Kuala Lumpur, Muar dan Kota Kinabalu sepanjang Oktober ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Sama Eh Style Mak Dan Anak” – Gelagat Syed Saddiq & Ibu Tiup Sebelum Sarungkan Cincin Curi Perhatian
The post “Tak Jatuh Hina Pun Kahwin Janda” – Fazley Yaakob Tegur Netizen Persoal Bella Astillah Jadi Isteri Syed Saddiq first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






