‘Kami pindah matahari’ – Netizen ‘makan hati’ BASS bahagia

EntertainmentLifestyle
13 Oct 2026 • 10:51 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Kami pindah matahari’ – Netizen ‘makan hati’ BASS bahagia

PETALING JAYA – Video memaparkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang mendukung isteri yang juga pelakon Bella Astillah bersama dua anaknya, Ayden dan Ara mencuri perhatian kebanyakan netizen.

Menurut Saddiq atau nama lengkapnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, aktiviti santai tersebut dilakukan bagi melepaskan tekanan sebelum menghadapi tugas rasmi di parlimen.

“Balik parlimen, terus kena buat ‘fitness test’ (ujian kecergasan) versi keluarga.

“Esok (hari ini) giliran saya bahas Belanjawan 2027. Lepaskan stres dulu dengan keluarga supaya tenang sahaja nanti,” katanya dalam Instagram.

Dalam video berkenaan, Saddiq mengangkat isteri dan anak-anaknya sambil melakukan senaman squat beberapa kali sebelum mereka sekeluarga tertawa.

Rata-rata seronok melihat gelagat anak-beranak itu terutamanya selepas Saddiq dan Bella mendirikan rumah tangga.

“Sekarang ini ada rumah sewa kosong tak sebelah rumah YB (panggilan Saddiq) saya sikit lagi nak gila tengok mereka, romantik sangat,” kata pengikut.

“Ambil sajalah dunia ini YB, kami pindah matahari,” seloroh peminat.

“Kenapa YB? Tengok, isteri saya dah minta suruh buat,” usik pengikut lain.

Sebelum ini, pasangan yang diberikan jolokan BASS itu selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Pasangan sama cantik sama padan itu mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Kami pindah matahari’ – Netizen ‘makan hati’ BASS bahagia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved