Rumusan Artikel
Team BASS Official (TBO) menghadiahkan wakaf pembinaan telaga air untuk penduduk sebuah kampung di Guinea sempena perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq.
Projek wakaf tersebut diuruskan dengan bantuan pempengaruh Fila Amir dan suaminya, Adama.
TBO pada mulanya menyangka seorang wanita dalam video sedang marah, namun sebenarnya dia sedang menyampaikan ucapan kesyukuran atas sumbangan telaga air berkenaan.
Inisiatif tersebut menerima pujian netizen yang mendoakan agar usaha kebajikan itu menjadi amal jariah berpanjangan buat semua pihak terlibat.
Kelab peminat pasangan selebriti Bella Astillah dan Syed Saddiq memilih cara berbeza untuk meraikan perkahwinan pasangan kesayangan mereka.
Menerusi perkongsian di Threads, Team BASS Official (TBO) memaklumkan bahawa salah satu hadiah perkahwinan buat Bella dan Syed Saddiq adalah menerusi wakaf pembinaan telaga air untuk kegunaan penduduk sebuah kampung di Guinea, Afrika.
AdvertisementWakaf telaga air jadi hadiah perkahwinan
Menurut TBO, usaha pembinaan telaga berkenaan dilaksanakan dengan bantuan pempengaruh Fila Amir bersama suaminya, Adama, yang membantu menguruskan projek tersebut.
Perkara itu dikongsikan menerusi akaun Threads rasmi kelab peminat berkenaan berserta rakaman video yang memperlihatkan beberapa penduduk kampung berada di kawasan telaga air tersebut.
Inisiatif tersebut bukan sahaja menjadi hadiah simbolik sempena perkahwinan pasangan itu, malah berpotensi memberi manfaat berpanjangan kepada penduduk setempat.

Sangka penduduk marah, rupanya…
Dalam perkongsian sama, TBO turut berkongsi pengalaman lucu ketika pertama kali menerima rakaman video daripada Guinea.
Mereka pada mulanya menyangka seorang wanita dalam video tersebut sedang marah kerana cara wanita itu bercakap kelihatan begitu bersemangat.
Bagaimanapun, Fila menjelaskan bahawa wanita itu sebenarnya sedang menyampaikan ucapan kesyukuran dan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang bagi pembinaan telaga berkenaan.
Fila jawab, tak lah dia tak marah, dia bagi ucapan kesyukuran dekat semua yang wakaf, dia sangat berterima kasih sebab bagi telaga air ni.
View this post on Instagram
TBO turut memaklumkan bahawa video penuh akan dikongsikan kemudian bagi memperlihatkan dengan lebih lanjut mengenai projek wakaf tersebut.
Netizen puji inisiatif Team BASS Official
Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji usaha kelab peminat berkenaan.
Rata-rata meluahkan rasa terharu melihat peminat memilih untuk menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan, selain mendoakan agar segala usaha dan sumbangan itu menjadi amal jariah berpanjangan.
Tidak kurang juga yang menitipkan doa agar Bella dan Syed Saddiq terus dikurniakan kebahagiaan dalam melayari kehidupan berumah tangga.

Hantaran Nikah Syed Saddiq Buat Bella Bertemakan “Growing Old Together”, Ini 7 Hadiah Yang Diberikan
The post Bukan Hadiah Biasa! Team BASS Wakaf Telaga Air Di Guinea Sempena Perkahwinan Bella & Syed Saddiq first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






