“Tak Jual Makhluk Bernyawa” – Syada Cuma Letak Caj RM30 Untuk ‘Carrier’, Beri Percuma Kucing Belaan

Home & Living
25 Oct 2023 • 12:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan juga adik kepada Shila Amzah, Syada Amzah memaklumkan bahawa dia tidak akan menjual kucing-kucing peliharaannya sebaliknya hanya mengenakan caj sebanyak RM30 bagi ‘carrier’ baru.

Maklum Syada di Instagram Story, dia tidak tergamak menjual makhluk bernyawa dan caj ‘carrier’ tersebut dikenakan bagi memudahkan pemilik baru untuk membawa pulang haiwan tersebut nanti.

Kita tak jual sebab makhluk bernyawa. Tapi kita akan charge untuk carrier dia RM30 kita belikan yang baru untuk korang bawa balik nanti.

Tambah Syada lagi, kucing-kucing tersebut akan menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada mereka yang berminat.

image is not available

Sumber : Instagram  

Anak-anak bulu kami kenapa kita tak terus bagi sebab nak selesaikan medical dan grooming dahulu. Kemudian, baru kita kasi pada orang.

Terdahulu, penyanyi Shila Amzah memaklumkan bahawa dia akan menjual banglo yang turut menjadi kediaman ibu dan adik beradiknya yang lain dan telah membelikan sebuah kondo baru untuk mereka.

Rumah banglo itu difahamkan turut dihuni kucing-kucing peliharaan dan berikutan itu, Syada telah mengiklankan mengenai ‘adoption’ haiwan berbulu itu kerana mereka bakal berpindah tidak lama lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hours ago

"Ada Ni Tengah Buat.." - Bekas Isteri Shuk Sahar Nak Nikah Dah?