Tak Kekok Bergaul Mesra Dengan Penari Cilik, Ara & Ayden Raih Pujian Netizen - “Dah Boleh Daftar Masuk Zapin…”

27 Oct 2026 • 6:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Tak Kekok Bergaul Mesra Dengan Penari Cilik, Ara & Ayden Raih Pujian Netizen - “Dah Boleh Daftar Masuk Zapin…”

Seorang individu mencuri perhatian apabila berkongsi video anak-anak pelakon, Bella Astillah iaitu Ara dan Ayden yang dilihat mesra bergaul dengan penari cilik ketika menghadiri majlis kenduri rakyat Muar sempena perkahwinan Bella dan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq.Menerusi perkongsian di Threads, Ara dan Ayden dilihat beberapa kali menghampiri meja penari berkenaan untuk menyantuni mereka.Individu itu turut mendedahkan bahawa Ara sangat menyukai tarian zapin, malah sempat berseloroh menyarankan Bella dan Syed Saddiq mendaftarkan anak mereka ke kelas tarian tersebut.“Comelnya Ayden dan Ara. Kejap kejap datang meja nak kawan dengan abang dan kakak. Ara girl ni suka zapin tau. Comel. Dah boleh daftar Ara masuk zapin ni Bella dan Syed Saddiq,” tulisnya.Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji sikap Ara dan Ayden yang peramah serta pandai membawa diri ketika bergaul dengan orang ramai.“Mereka sangat peramah. Kecil-kecil dah berjiwa rakyat.“Pandainya mereka berdua membawa diri dan bergaul dengan orang ramai.“Sopan dan comel anak-anak Bella membawa diri dan meraikan tetamu. Tak sombong, tak berlagak dan tak kekok dengan orang ramai.“Anak artis tetapi sebab ibu dia didik anak supaya tak berlagak, anak-anak pun jadi macam ibu dia yang peramah,” komen netizen.Sekadar info, Syed Saddiq dan Bella sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober 2026 dengan sekali lafaz.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved