“Terima Kasih Terima Saya Dan Ara, Terima Kasih Kerana Memilih Mama” – Ucapan Anak Lelaki Bella Astillah Di Majlis Resepsi Undang Sebak Ramai

LocalFamily & Parenting
19 Oct 2026 • 9:39 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Mengundang sebak, ucapan anak sulung pelakon Bella Astillah, Ayden Adrean pada majlis resepsi perkahwinan ibunya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertukar menjadi momen menyentuh hati.

Kanak-kanak berusia sembilan tahun itu meluahkan betapa pentingnya kebahagiaan buat insan yang disayanginya, selain mengakui hanya mahu melihat ibunya kembali tersenyum selepas melalui fasa sukar.

Advertisement
View this post on Instagram

“Saya Cuma Nak Tengok Mommy Tersenyum Semula”

Ayden berkata, dia dan adiknya, Ara Adreanna, 6, tidak begitu memahami segala perkara yang berlaku, namun menyedari ibunya ketika itu sedang bersedih.

“Saya dan Ara, kadang-kadang saya tak berapa faham dengan semua benda yang berlaku.

“Saya cuma tahu yang mommy tengah sedih dan sebagai anak lelaki dia, satu-satunya perkara yang saya mahukan adalah untuk melihat mommy tersenyum semula,” katanya ketika berucap di majlis resepsi yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.

Mendengar ucapan putera sulungnya, Bella yang duduk bersama Syed Saddiq dilihat mengesat air mata.

Ayden Nampak Bella Kembali Ceria

Ayden turut menzahirkan penghargaan terhadap kehadiran Syed Saddiq dalam kehidupan mereka.

Katanya, dia mula melihat perubahan pada ibunya apabila Syed Saddiq hadir dalam hidup mereka.

“Kemudian, awak (Daddy) hadir dalam hidup dia. Perlahan-lahan, saya mula nampak mommy lebih banyak tersenyum dan lebih banyak mendengar dia ketawa.

“Saya nampak mommy kembali gembira semula,” ujarnya dalam nada sebak.

Hargai Syed Saddiq Terima Mereka

Ayden turut menghargai sikap Syed Saddiq yang menerima dirinya dan Ara dengan penuh kasih sayang.

“Awak terima kami seadanya. Awak tak pernah buat kami rasa yang kami ni cuma sekadar anak mommy saja.

“Awak buat kami rasa yang kami juga adalah sebahagian daripada keluarga awak. Terima kasih kerana memilih mommy. Terima kasih kerana menyayangi dia,” katanya.

Ucapan Ayden yang disampaikan tanpa berpandukan teks itu turut membuatkan tetamu di dalam dewan tersentuh.

Video ucapannya juga tular di media sosial apabila ramai netizen mengakui sebak dan menitiskan air mata selepas mendengarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bella astillah syed saddiq2026-10-19 09:11:04

"Rasa Macam Kena Marah.." - Peminat BASS Terharu Lihat Syed Saddiq Pertahan Bella Astillah Di Majlis Sanding

The post “Terima Kasih Terima Saya Dan Ara, Terima Kasih Kerana Memilih Mama” – Ucapan Anak Lelaki Bella Astillah Di Majlis Resepsi Undang Sebak Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved