“Tak Kisah Orang Pandang” – Dapat Cuti Dari Tentera, Lee Dohyun Bahagia Keluar Dating Dengan Lim Jiyeon

23 Feb 2024 • 11:41 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Meskipun sedang berkhidmat dalam tentera, Lee Do-hyun tetap mencari masa untuk meluangkan waktu dengan kekasihnya, Lim Ji-yeon.

Terbaru pada 23 Februari, Dispatch telah mengeluarkan beberapa foto Lim Ji-yeon dan Lee Do-hyun, yang sedang keluar dating bersama di restoran.

Dalam hantaran yang dikongsi, pasangan itu sedang seronok shopping di sebuah kedai dan juga berjalan-jalan bersama.

Menurut Dispatch,

Hubungan mereka masih kukuh. Pasangan itu dikatakan menikmati waktu mereka tanpa mempedulikan orang lain. Mereka juga melihat barangan yang dijual di restoran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @koreadispatch

Untuk pengetahun, Lee Do-hyun sedang berkhidmat dalam tentera kini, dan dia nampaknya terus keluar bersama kekasihnya itu selepas menerima percutian.

Semoga kekal bahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.