
Kisah rumah tangga pelakon, Nur Risteena dan suaminya Isa Khan kembali menarik perhatian warganet selepas pasangan itu didakwa sudah tidak mengikuti media sosial antara satu sama lain.
Perkara itu mula mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet dan rata-rata mengatakan bahawa rumah tangga mereka sedang bergolak.
“Saya dah lama perasan, sebab mereka dah lama tak update gambar bersama.
“Isa Khan unfollow Risteena? And Risteena unfollow Isa Khan? Hahahaha wow.
“Macam dah lama tak nampak, tertanya juga… sangat lama dah ya, cari-cari macam tak ada pulak story cerai.
“Dia ni dh bercerai ke dengan isa khan? Sebab xda nampak gambar dia n husb kat ig,” kata netizen.
Netizen juga mendakwa bahawa sudah lama tidak nampak gambar mereka bersama di sosial media.
Lebih menarik, Risteena sekarang sedang mengerjakan ibadah Umrah namun tanpa kehadiran suaminya.
Namun menjengah ke Instagram Isa Khan, gambar perkahwinan mereka masih lagi ada.
Sekadar info, dengan sekali lafaz Isa Khan dan Nur Risteena telah sah bergelar suami isteri pada 12 Mac 2021.
Pasangan tersebut telah selamat disatukan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.



