“Dalam bulan Ramadan penuh berkah ini semuanya selesai” – Farid Kamil & Diana Danielle Sah Bercerai

Entertainment
24 Mar 2025 • 11:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemelut rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle yang sudah berlanjutan buat sekian lama akhirnya selesai apabila pasangan ini sah bercerai sekali lagi hari ini.

Farid atau nama penuhnya, Farid Kamil Zahari, 43, telah melafazkan cerai talak satu terhadap Diana di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi tadi.

image is not available

Menurut mStar, pasangan ini kelihatan tenang dan keluar bersama selepas lafaz dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin.

Dalam bulan Ramadan penuh barakah ini semuanya selesai. Terima kasih kepada Diana kerana memahami situasi,” kata Farid.

Dalam pada itu, Diana pula memberitahu yang mereka kini mahu memberikan fokus yang lebih kepada urusan membesarkan dua cahaya mata mereka.

Pelakon ini juga tidak melihat perpisahan ini sebagai alasan untuk bermusuhan dengan Farid.

Kita doakan yang baik-baik ya buat mereka berdua.

Sumber: mStar

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.