Isu drama ‘Madu Atau Racun’: Kamal Adli mohon tak ‘serang’ peribadi bekas isteri & anak

LocalEntertainment
3 Sep 2026 • 4:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon, Kamal Adli tampil memberi pandangan mengenai isu yang tercetus membabitkan drama Madu Atau Racun lakonan bekas isterinya, Uqasha Senrose.

Harap tak serang peribadi Uqasha dan anak

Menerusi satu hantaran di Thread Kamal meminta orang ramai supaya tidak menyerang Uqasha secara peribadi sehingga turut mengaitkan nama anak mereka, Hawra Uqaira serta perkara lain yang tidak berkaitan.

“Salam rakyat. Minta maaf sangat, saya tahu saya tak layak cakap apa-apa.
“Tapi pasal isu drama Madu Atau Racun tu, harap sangat korang jangan attack personal Uqasha boleh sampai melibatkan nama anak saya, Hawra dan benda lain,” 

Tak sokong tapi harap orang ramai dapat bezakan

Dalam masa sama, Kamal menjelaskan bahawa pandangannya itu bukan bermaksud beliau menyokong isu berkenaan, sebaliknya berharap orang ramai dapat membezakan antara persoalan berkaitan drama dengan hal peribadi pelakon.

Kamal turut mengingatkan agar rezeki Uqasha tidak dijadikan sasaran susulan isu tersebut, selain berharap perkara berkenaan tidak diperbesarkan sehingga melibatkan keluarga dan anak mereka.

“Saya tak sokong, tapi janganlah sampai libatkan peribadi semua dan rezeki Uqasha ya. 
terima kasih rakyat. Sayang rakyat comel,” tulisnya.

Image from: Isu drama ‘Madu Atau Racun’: Kamal Adli mohon tak ‘serang’ peribadi bekas isteri & anak

Terdahulu, drama ‘Madu Atau Racun’ yang bersiaran di platform iQIYI menjadi perhatian susulan beberapa kritikan daripada penonton yang menganggap ada beberapa babak di dalam karya terbabit dilihat wujud elemen bercanggah.

Susulan daripada itu, pihak-pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Komunikasi (MCMC) serta beberapa pihak lagi tampil menyelar penayangan tersebut.

Oleh sebab itu, Syarikat produksi, MIG Production House (MIG) tampil memohon maaf kepada semua pihak susulan kontroversi yang tercetus dan menyatakan enam episod yang berbaki digantung dahulu penayangannya bagi kerja-kerja penyuntingan untuk membuang babak yang menyentuh sensitiviti itu.

Sumber: Thread kamaladli

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved