“Tak Letak Syarat, Asalkan Tahu Jaga Batas…” - Suami Beri Keizinan, Zulin Aziz Buat Comeback

20 Nov 2024 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini memberi keizinan dan sokongan penuh kepada isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas sekian lama berehat.


Zulin minta izin, suami benarkan 


“Pertama sekali, dia ada bertanya kepada saya dahulu. Katanya ada kumpulan ajak masuk MLS4 dan ahlinya adalah Chiwan dan Nizam. Saya pun memang peminat MLS dan MLM. 
 
“Bila dia minta izin, saya pun benarkan. Saya bagitau dia, apa salahnya dia mencuba dan buat ‘comeback’
.





Lihat susah payah isteri


“Saya tahu kepayahan yang terpaksa dia hadapi untuk bertanding di program ini. Saya pun tak berhenti berikan sokongan moral dan penuhi apa sahaja yang dia mahukan.



Harap isteri pandai bawa diri


“Saya tidak meletakkan sebarang syarat kerana saya pun faham kerjaya dia. Sewaktu kami berkenalan pun, kita tahu dia memang aktif dalam dunia seni.
 
“Kami pun faham antara satu sama lain. Asalkan tahu jaga batas dan boleh seimbangkan diantara kerjaya dan kelurga,” ujarnya.