Tak Mahu Hampakan Anak-Anak Taska, ‘Uncle Anwar’ Hantar Pegawai Hadiri Hari Usahawan Cilik

LocalPolitics
22 Aug 2026 • 7:00 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Tak Mahu Hampakan Anak-Anak Taska, ‘Uncle Anwar’ Hantar Pegawai Hadiri Hari Usahawan Cilik

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat memenuhi jemputan seorang kanak-kanak dari Taska As Sakeenah telah menghantar wakil ke Hari Usahawan Cilik di Subang Jaya pada Sabtu.

Anwar yang ketika ini berada di Brunei Darussalam berkata, beliau tidak mahu menghampakan anak-anak di taska tersebut lalu menghantar pegawainya, Raimi Ab Rahim untuk menyantuni mereka.

'Uncle Anwar" hantar wakil santuni kanak-kanak di Taska As Sakeenah

Image from: Tak Mahu Hampakan Anak-Anak Taska, ‘Uncle Anwar’ Hantar Pegawai Hadiri Hari Usahawan Cilik
Kredit: Anwar Ibrahim

"Tempoh hari, seorang anak dari Taska As Sakeenah menghantar mesej menjemput saya ke Hari Usahawan Cilik di Subang Jaya hari ini. Memang teringin nak hadir beri sokongan, tapi saya di Brunei Darussalam mengetuai delegasi negara.

"Tidak mahu hampakan anak-anak, "Uncle Anwar" hantar pegawai, saudara Raimi Ab Rahim untuk mewakili bagi sampaikan sedikit sumbangan dan salam mesra kepada semua," katanya.

Image from: Tak Mahu Hampakan Anak-Anak Taska, ‘Uncle Anwar’ Hantar Pegawai Hadiri Hari Usahawan Cilik
Kredit: Anwar Ibrahim

Anwar berharap Hari Usahawan Cilik ini memberi pengalaman bermakna dan menyemai minat berniaga dalam kalangan anak-anak sejak kecil.

"Kalau dapat untung, jangan lupa menabung," katanya.

Baca juga:

Beliau turut mendoakan anak-anak ini membesar menjadi insan yang rajin berusaha, sentiasa membantu keluarga dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved