Markah penuh, Anwar hantar wakil ke Hari Kantin sekolah

LocalPolitics
22 Aug 2026 • 5:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Markah penuh, Anwar hantar wakil ke Hari Kantin sekolah

PETALING JAYA – Jemputan seorang murid kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri Hari Usahawan Cilik di Al Sakeenah Learning Centre, tidak dapat dipenuhi secara langsung apabila beliau kini berada di Brunei.

Namun, Anwar tetap memastikan jemputan itu tidak berlalu begitu sahaja apabila menghantar pegawainya, Raimi Ab Rahim, bagi mewakili beliau menyampaikan sedikit sumbangan serta salam kepada anak-anak taska berkenaan.

Anwar berkata, beliau sememangnya teringin untuk hadir memberikan sokongan kepada anak-anak terbabit, namun perlu berada di Brunei bagi mengetuai delegasi Malaysia.

“Tidak mahu hampakan anak-anak, ‘Uncle Anwar’ hantar pegawai, saudara Raimi Ab Rahim untuk mewakili bagi sampaikan sedikit sumbangan dan salam mesra kepada semua,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, seorang guru taska berkenaan, Aqilkmzmn berkongsi mesej seorang murid di aplikasi Threads yang menjemput Perdana Menteri menghadiri program berkenaan.

Mesej tersebut menarik perhatian apabila murid terbabit menggunakan panggilan mesra ‘Uncle Anwar’ ketika menulis jemputan berkenaan.

Anwar sebelum ini turut membalas jemputan itu dengan berkata beliau teringin untuk hadir, namun memaklumkan perlu berada di Brunei pada Sabtu.

Menurut Anwar, program berkenaan diharap dapat memberikan pengalaman bermakna selain menyemai minat berniaga dalam kalangan kanak-kanak sejak usia muda.

“Kalau dapat untung, jangan lupa menabung,” katanya secara berseloroh.

Beliau turut mendoakan agar anak-anak terbabit membesar menjadi insan yang rajin berusaha, membantu keluarga serta memberi manfaat kepada masyarakat. – KOSMO! ONLINE

The post Markah penuh, Anwar hantar wakil ke Hari Kantin sekolah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved