Tak Munasabah Hapus, Kurangkan Pencen Mantan Anggota Kabinet - PM

Politics
4 Jan 2023 • 5:09 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Menurut Anwar, pemberian pencen itu sedia termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan menghapus atau mengurangkan kadar pencen bekas anggota Kabinet sebagai satu langkah yang tidak munasabah.

Menurut Anwar, pemberian pencen itu sedia termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Malah menurutnya, bagi memansuhkan pencen tersebut ia harus diteliti dan dirujuk kepada semua pihak terlebih dahulu.

“Pencen bekas anggota Kabinet, pencen ini kalau kita tahu sebenarnya dia peruntukan Perlembagaan.

“Ada juga diuar-uarkan kononnya kerajaan perpaduan akan menimbangkan menghapuskan pencen atau mengurangkan, itu semua saya fikir tidak munasabah kerana isu ini isu yang menyentuh soal Perlembagaan yang harus diteliti dan dirujuk kepada semua pihak,” katanya pada sidang media sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan mantan Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad untuk memansuhkan pencen anggota Kabinet, yang dijangka mampu menjimatkan peruntukan sehingga RM150 juta setahun.

Bagaimanapun, Anwar berkata, setakat hari ini beliau sudah membatalkan semua kemudahan yang dinikmati mantan anggota Kabinet kerajaan terdahulu seperti kereta dan sebagainya.

“Yang setakat itu boleh, lebih baik dari segi peraturan pentadbiran (kerana), ia tidak melibatkan Perlembagaan,” katanya. - Getaran, 4 Januari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved