Tak Nak Pekerja Rasa Jelak, Bos Dari Taiwan Tukar ‘Company Dinner’ Kepada Cash RM 1,500

Entertainment
23 Jan 2024 • 3:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang sebagai pekerja, mesti ada di antara korang yang tak suka atau sudah jelak dengan annual dinner kan? Balik-balik ada tema, cabutan bertuah, best dress, yang bestnya hanyalah part makan-makan je lah.

Menyedari sikap sebegitu dalam kalangan pekerjanya, seorang pembikin kandungan dari Taiwan bertindak untuk tidak melakukan annual dinner sebaliknya…

 

Tukar dengan duit cash 4 angka

Kesemua kakitangannya mendapat angpow bernilai RM1,500 wang yang sepatutnya menjadi modal untuk anjurkan annual dinner itu dan diagih sama rata kepada semua pekerja. Oleh itu, mereka bersetuju untuk tidak adakan jamuan tahunan.

“Mulai tahun ini, saya membatalkan makan malam tahunan. Kakitangan saya tidak suka makan malam dengan klien dan bos, mereka berkata ia memberi tekanan.”

Mengetahui bahawa jamuan tahunan memberi tekanan kepada pekerja yang tidak sepatutnya mereka terima, dia memutuskan untuk “menukar” acara tahunan itu kepada wang tunai, berkuat kuasa tahun ini.

image is not available

Dia membuat keputusan ini bukan sahaja untuk menggembirakan kakitangan tetapi juga untuk meninggalkan kesan yang baik di tempat kerja.

“Saya perlahan-lahan mengubah pejabat menjadi tempat yang disukai semua orang. Saya rasa itu satu perkara yang baik.”

Walau bagaimanapun, ada satu perkara yang akan kekal ialah perhimpunan pasukan bulanan. Dalam pada itu, individu ini juga sempat berseloroh mengenai acara yang selalu dibuat dalam majlis makan malam.

image is not available

“Ia mungkin kerana ramai pekerja saya tidak memenangi hadiah utama dalam cabutan bertuah. Mereka fikir mereka tidak bernasib baik.”

Beliau memberi jaminan bahawa semua orang di pejabat, tanpa mengira tempoh pekerjaan mereka layak menerima jumlah angpow yang sama. Tidak lebih dan tidak kurang.

Sumber : Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.