“Tak nak support takpe, jangan komen bukan2” – Lelaki Selar Ada Yang Samakan Tah* Dengan Sambal Daging

Entertainment
2 Nov 2023 • 11:56 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kerja sebagai peniaga bukanlah satu perkara yang mudah kerana banyak turun naiknya. Malah, bukan semua senang dengan perniagaan kita, kadangkala ada yang merasa dengki dan bermacam perkara dilakukan.

Seorang pengguna TikTok telah menegur seorang individu yang meninggalkan komen tidak elok kepada seorang peniaga sambal daging ketika bersiaran langsung di aplikasi itu.

Menerusi video @zaidiroslii, dia menceritakan ketika itu peniaga yang dikenali sebagai Kak Nora sedang membungkus sambal daging dendeng yang hendak dijualnya.

Tiba-tiba datang seorang individu yang masuk dalam live itu meninggalkan komen dengan berkata, “tahi ke tu?”.

Baginya, individu itu amat biadab kerana berkata begitu terhadap seorang peniaga yang sedang gigih mencari rezeki.

“Walaupun kakak tu banyak kali cakap dia tak koyak, tapi aku tahu dalam hati dia pasti akan terasa.

“Dalam TikTok ni makcik-makcik cari rezeki. Mereka bukan boleh tahan dengan (mulut) orang TikTok.

“Kita tak nak support orang tak apa, tapi jangan komen bukan-bukan dekat siapa-siapa pun,” tegurnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan Zaidi kerana peniaga terbabit sememangnya terkenal dengan sikap periangnya.

Pada masa yang sama, netizen turut mendoakan peniaga tersebut dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dalam berniaga.

image is not availableimage is not available

Tergamaknya berkata begitu

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.