
Pempengaruh terkenal, Leona baru-baru ini berkongsi bahawa dirinya lebih menyukai lelaki Melayu berbanding lelaki luar negara. Uish, betul ke ni?
Meskipun dilihat cenderung dengan gaya barat, Leona atau nama sebenarnya Kasih Iris Leona berkongsi hatinya lebih tertarik dengan lelaki dari kalangan Asia.
Suri hati Leona

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu mendedahkan dirinya lebih menerima lelaki Melayu yang bersopan santun dan baik untuk dijadikan kekasih hati tanpa memandang rupa.
Saya hanya akan bercinta dengan lelaki Asia terutamanya dari Malaysia termasuk jejaka Melayu. Asalkan mereka baik dan tahu melayan saya sepatutnya, itu sudah memadai.
Buat masa sekarang, Leona masih lagi belum menjumpai pengganti suri hatinya setelah menamatkan hubungan dengan bekas kekasih, Ryan.
Saya belum ada pengganti lagi sebab ibu saya tidak bagi saya jalinkan hubungan cinta buat masa sekarang. Tapi kalau siapa-siapa berminat, apa salahnya.
Ha, yang kat luar sana inilah chance korang!
Kredit: Kosmo
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media



![“Tong tak salah, tapi..” – [VIDEO] Netizen Kembang Tekak Tengok Penyediaan Ayam Percik Guna Tong Sampah](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)