“Tak payah berdiri kalau dah penuh”- Bas Ini Sediakan Tempat Duduk Ekstra Untuk Penumpang

11 May 2024 • 2:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pernah tak korang nak naik bas tapi tak dapat sebab bas tu dah penuh dengan penumpang lain? Kalau dapat naik pun terpaksa berdiri sebab tempat duduk semuanya telah diduduki oleh orang lain yang naik lebih awal daripada kita.

Namun, penumpang bas ini pula tak perlu berdiri meskipun bas terbabit telah penuh kerana bas ini ada menyediakan tempat duduk tambahan buat para penumpangnya.

Tempat duduk tambahan itu telah dikongsikan di platform X oleh pengguna media sosial yang dikenali sebagai Heraloebss dan kini telah menjadi perhatian ramai sehingga meraih 1.6 juta tontonan daripada warganet yang rata-ratanya kagum dengan rekaan dalaman bas berkenaan.

Difahamkan, bas tersebut merupakan sebuah bas di negara Jepun.

Dalam video yang berdurasi selama 31 saat itu, dapat dilihat penumpang yang menaiki bas setelah semua tempat duduk biasa penuh masih dapat duduk di tempat duduk tambahan itu.

image is not available

Tempat duduk tambahan itu rupanya merupakan tempat duduk yang boleh dilipat apabila tidak digunakan.

Apabila ada penumpang yang nak duduk, ia boleh ditarik keluar dan menariknya lagi, ia juga lengkap dengan tempat untuk bersandar dan tali pinggang keledar.

image is not available

Jadi, keselamatan semua penumpang lebih terjamin dengan ciri-ciri tersebut.

Tak payah la berdiri sampai lenguh kaki kalau naik bas ni walaupun tempat duduk biasanya dah diduduki oleh orang lain. Harapnya dekat Malaysia pun ada juga la kan bas macam ni.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.