”Tak perasan” – Pekerja Padang Tak Sengaja Cat Katak Jadi Warna Putih Buat Orang Ramai Geli Hati

Entertainment
15 Dec 2024 • 3:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tugas sebagai seorang pekerja padang bukan setakat memastikan padang dalam keadaan baik, tetapi perlu juga mengecat padang untuk acara sukan yang akan dimainkan.

Ada satu video yang tular di media sosial di mana seorang pekerja padang telah tidak sengaja mengecat seekor katak ketika menjalankan tugas. Sebaik menyedari perbuatan yang tidak disengajakan itu, pekerja tersebut telah meminta maaf. Korang tengok lah video @wan_utai di bawah ni.

@wan_utai

minta maap bnyk2 la.. aku x nampak ang sguh, apa pun aku bagi mandi ang dah td

♬ 搞笑滑稽搞怪 – MrM

Tak perasan

Kesian si katak tu, tak pasal-pasal bertukar jadi putih. Tapi pelik gak tengok katak tu macam redha je kena cat jadi putih, mungkin menang ada niat nak jadi putih kot kan.

image is not availableYang kita faham pasal albino ni adalah pigmentasi yang terjadi kepada hidupan. Ini kena cat pun tak pasal-pasal je jadi albino kan.

image is not availableNampak macam redha je. Entah lah, mungkin dalam hati tengah fikir apa alasan nak bagitahu anak bini balik rumah jadi putih kan.

image is not availableBiasa perubahan yang melampau ni menjadi buah mulut orang ramai. Harap si katak tu dah standby siap-siap lah jawapan untuk orang kampung ye.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.