Tak perlu baju oren ke mahkamah! SPRM gantung pemakaian OKS serta-merta

LocalPolitics
4 Sep 2026 • 6:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi orang kena siasat (OKS) yang dibawa ke mahkamah untuk tujuan permohonan reman, berkuat kuasa serta-merta.

Langkah diambil susulan perkembangan terkini

Menerusi kenyataan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, beliau menyatakan langkah itu diambil susulan perkembangan terkini dan saranan semasa berkaitan tatacara pengendalian OKS, khususnya ketika proses membawa mereka ke mahkamah.

“OKS dibenarkan memakai pakaian biasa ketika dibawa ke mahkamah, manakala pemakaian baju lokap hanya terpakai sepanjang tempoh OKS berada dalam tahanan di lokap.
“Bagi pemakaian gari pula, ia bergantung pada keadaan tertentu dan dikecualikan kepada OKS yang uzur, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak serta warga emas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Image from: Tak perlu baju oren ke mahkamah! SPRM gantung pemakaian OKS serta-merta

Foto: Berita Harian

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata individu yang ditahan SPRM tidak lagi perlu memakai ‘baju oren’ ketika dibawa ke mahkamah untuk prosiding reman.

Perdana Menteri dipetik menjelaskan bahawa kelonggaran itu sudah dimaklumkan beliau, semalam, namun tidak memperincikan sama ada ia dilakukan pada mana-mana mesyuarat rasmi atau acara yang dihadirinya.

Image from: Tak perlu baju oren ke mahkamah! SPRM gantung pemakaian OKS serta-merta

Foto: PMO

Memaklumkan lanjut, Abd Halim berkata, SPRM bagaimanapun akan terus mengambil langkah berjaga-jaga serta memastikan kawalan keselamatan dilaksanakan dengan sewajarnya dalam setiap proses pengendalian OKS.

“SPRM kekal komited memastikan setiap tindakan yang diambil dalam pengendalian OKS, dilaksanakan secara profesional, berintegriti, berhemah dan selaras peruntukan undang-undang serta prosedur yang ditetapkan,” katanya.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved