
Fattah Amin kembali menjadi kegilaan para wanita selepas mendapat gelaran duda sejak 7 Oktober yang lalu dan sentiasa mendapat sokongan daripada peminat baik wanita mahupun lelaki dalam apa sahaja yang diusahakannya.
Baru-baru ini menerusi ‘live’ di aplikasi TikTok, usahawan, Datuk Red menunjukkan rasa cemburu terhadap Fattah apabila Adira memberitahu dia akan ‘photoshoot’ bersama Fattah.
Datuk Red dalam nada bergurau mencadangkan kepada Adira agar dia dan Fattah melakukan sesi penggambaran pada dua hari yang berbeza dan kemudian gambar itu disunting agar kelihatan seolah mereka ada pada hari yang sama.
Zaman sekarang canggih, kau photoshoot hari Selasa, Fattah photoshoot hari Rabu. Nanti edit lah gambar tu. Aku pun pandai buat, aku dah pandai edit sekarang.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pasangan itu.


@putehhhx #abgred #datored #adirasuhaimi #adirasuhaimireal #datoredadira #abgredadira #adirasuhaimidatukred #adirasuhaimiabgred ♬ Funny – Gold-Tiger
“Saya Masih Ibu Tunggal Dan Kami Tak Duduk Serumah!” - Adira Sangkal Fitnah Bersekedudukan Dengan Bekas Suami
The post “Tak Perlu Pun Jumpa” – Datuk Red Cemburu Adira ‘Photoshoot’ Bersama Fattah Amin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

