
Tak Perlu Sampai Tahan Duit Dan Sijil Kerana Tunggakan Yuran PIBG - Asyraf Wajdi
"Tidak perlulah sampai duit dan sijil kecemerlangan ditahan kerana tunggakan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).."
Itulah teguran yang disampaikan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung tindakan sebuah sekolah yang didakwa menahan ganjaran dan sijil kecemerlangan seorang pelajar.
Menurutnya, tindakan berkenaan adalah tidak wajar dan tidak mempunyai nilai ihsan.
"Hidup ini kena ada nilai ihsan dan kemunasabahan pertimbangan akal (common sense) barulah semua hidup dalam berkat dan sejahtera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca juga:Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperolehi 9A tidak memperolehi penghargaan sewajarnya ketika majlis penyampaian anugerah di sebuah sekolah.
Difahamkan, pelajar cemerlang 9A itu hanya menerima sampul kosong tanpa sijil rasmi.

