Tunggakan yuran PIBG: Guna ihsan, pertimbangan akal - Asyraf Wajdi

LocalPolitics
14 Apr 2026 • 11:56 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Tindakan menahan anugerah dan sijil kecemerlangan pelajar kerana tunggakan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) disifatkan tidak wajar.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pendekatan sedemikian tidak sepatutnya berlaku dalam sistem pendidikan.

Menurut beliau, nilai ihsan dan pertimbangan akal harus diterapkan dalam membuat keputusan terutama melibatkan kebajikan dan masa depan pelajar.

"Tidak perlulah sampai duit dan sijil kecemerlangan ditahan kerana tunggakan yuran PIBG.

"Hidup ini kena ada nilai ihsan dan kemunasabahan pertimbangan akal (common sense), barulah semua hidup dalam berkat dan sejahtera," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Terdahulu, tular di media sosial seorang pelajar lelaki yang memperoleh keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berdepan situasi mengecewakan.

Pada majlis penganugerahan itu, sijil rasmi dan hadiah kecemerlangan bernilai RM250 daripada pihak sekolah ditahan sementara berikutan isu tunggakan yuran PIBG.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved