“Tak Perlu Share Benda Yang Tak Sewajarnya” – Enggan Cari Kawan Yang Pergi, Nad Zainal Malas Serabutkan Diri

Entertainment
28 Aug 2023 • 4:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Beberapa hari yang lalu, kecoh di setiap portal mengenai perbalahan antara pelakon Nad Zainal dan rakan-rakan selebriti yang lain, dimana dahulunya merupakan teman rapat.

Melalui temubual bersama Melodi TV3, Nad memberitahu bahawa dia enggan bermusuh dengan mana-mana pihak dan hanya mahu fokus kepada kerjaya seninya sahaja.

Kata isteri kepada pelakon Ungku Ismail itu, dia tahu memikirkan kontroversi bermasam muka dan tidak lagi berkawan dengan rakan-rakan selebriti yang dikatakan sudah hilang dari radar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nad Zainal Nadi Kesuma (@nad.zainal)

Apa yang terjadi itu saya rasa faham sendirilah, saya tak nak jelas lebih lanjut. I am happy with my life now. Tak ada musuh.

Dalam pada itu, pelakon wanita ini sempat menafikan bahawa dia terkilan kerana sering terpalit dalam beberapa isu yang tidak enak, namun akui ada kalanya lelah.

Bila kongsi salah, tak kongsi salah. Lebih baik tak perlu share benda yang tak sewajarnya.

Sebelum ini, pelakon hebat Nabila Huda ditemubual oleh pihak wartawan untuk ditanyakan soal persahabatan dengan Nad Zainal, namun respon aktres itu sememangnya menarik perhatian kerana dia berkata tidak mengenali wanita yang bernama Nad Zainal.

image is not available 5 days ago

"Kalau Betul La Dia Kawan Saya.." - Nabila Huda Tunjuk Nad Zainal 'Blocked' Dia Di Media Sosial

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved