
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Jika ditanya kepada mana-mana individu tidak kiralah dewasa atau si kecil tentang bendera sebuah negara, pasti ada yang sukar beri jawapan yang tepat.
Malah, ada segelintir yang tidak tahu atau mengenali bendera negara lain melainkan negara mereka sendiri.
Yelah, ia bukanlah mudah untuk menghafal serta mengingati warna serta reka bentuk bendera setiap negara itu.
Namun, terdapat beberapa kanak-kanak yang mempunyai kebolehan dan kelebihan untuk menghafal nama setiap negara di dunia.
Baca Artikel Berkaitan: Budak 2 Tahun Terima ‘Malaysia Book Of Records’ Selepas Hafal 40 Bendera Dalam Seminit
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Autisme Pecah Rekod MBR, Berjaya Kenal Pasti 198 Bendera Kurang 10 Minit
Baru Umur 8 Tahun Tapi Dah Boleh Kenal Bendera Negara Lain, Siap Bagi Warna Yang Tepat
Begitu juga dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ini yang tular di media sosial.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @abangcrunch, budak lelaki yang dikenali sebagai Umar itu langsung tidak kekok menjawab soalan mengenai warna bendera yang diajukan kepadanya pada ketika itu.
Apa yang menjadi perhatian, dia yang berasal dari Kuala Berang, Terengganu dapat memberi jawapan yang spesifik tentang reka bentuk dan warna yang betul ketika ditanya bendera negara seperti Netherland, Sweden, Arab Saudi, Vietnam dan Argentina.
Boleh Beri Jawapan Tepat Negara Itu Duduk Dalam Benua Apa
Lebih menarik, Umar juga tahu kedudukan setiap negara di benua mana dengan tepat.
“Nigeria, benua Afrika. Turkey dia duduk benua Eropah dengan Asia. Mesir benua Afrika,” jawabnya.
Tidak hanya itu, sewaktu ditanya tentang Malaysia seperti warna bendera dan benua mana, Umar menganggap soalan itu mudah baginya untuk dijawab.
“Easy,” kata Umar.
Melalui perkongsian tersebut, kedengaran lelaki yang bertanyakan soalan kepada Umar kagum dan memuji kebolehan si cilik berkenaan.
“Masya-Allah, memang genius Umar ni,” katanya.
orang hulu kenal dok adik umar ni ?
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Kagum Lihat Kebolehan Umar Kenal Bendera Setiap Negara
Video yang telah mendapat lebih 465,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Sama seperti lelaki berkenaan, ramai yang meluahkan rasa kagum dan memuji kebolehan Umar yang mampu mengenali bendera setiap negara.
Malah, ada yang turut bertanyakan tips bagaimana untuk menjadi bijak seperti Umar.
Tidak hanya itu, ada juga yang turut berkongsi pengalaman sama mempunyai si cilik yang pandai mengenali warna bendera negara lain.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Masya-Allah Memang Genius Adik Umar”

“Masya-Allah Bijaknya Umar Ni, Ibu Bapa Dia Didik Macam Mana, Tolong Share Tips”

“Hebat Macam Anak Saya, Dia Suka Tengok Peta Dunia & Nama-Nama Negara Serta Kedudukan Negara Tersebut”

“Suka Tengok Umar Jawab Dengan Keyakinan Tinggi”

“Bila Bendera Malaysia, Terus ‘Easy’, Syabas Adik Umar! Semoga Terus Maju Jaya”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kagum Lihat Budak 10 Tahun Pandai Shoot Video Majlis Kahwin [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Beraninya Awak Fly Sorang” – Ramai Kagum Lihat Kanak-Kanak 9 Tahun Dah Pandai Travel Seorang Diri [Video]
Source:




