“Tak Pernah Berubah” – Pentas Hangat Dengan Lagu BIGBANG, Daesung Buat Kejutan Di Konsert Solo Taeyang

EntertainmentMusic
1 Sep 2024 • 11:06 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Meskipun dah tak aktif sebagai satu kumpulan, Taeyang dan Daesung nampaknya masih setia memberikan sokongan pada satu sama lain.

Pada 31 Ogos, Taeyang telah mengadakan konsert solo pertamanya dalam 7 tahun ‘The Light Year’ yang berlangsung di Seoul.

Membuatkan peminat bertambah teruja, Taeyang telah menjemput Daesung sebagai tetamu di konsert itu, membuktikan hubungan mereka yang masih akrab.

Selain menyanyikan lagu solo mereka, kedua lelaki itu turut menghiburkan peminat di stadium dengan lagu hit BIGBANG seperti “Bang Bang Bang”, “Fantastic Baby” dan “We Like 2 Party”.

Selepas persembahan, Taeyang meluahkan perasaannya,

Sangat menyentuh hati untuk menyanyikan lagu ini bersama Daesung sekali selepas sekian lama.

Kongsi Daesung pula dengan bercakap tentang persahabatannya bersama penyanyi “Eyes, Nose, Lips” itu,

Saya sangat tersentuh bila Taeyang datang ke acara perjumpaan peminat saya pada Mac lalu walaupun jadualnya padat. Takkanlah saya tak datang harini kan? Taeyang selalu ada dengan saya dan dia tak pernah berubah. Saya harap hari ini akan menjadi masa untuk mengeratkan lagi persahabatan kami.

Bukan senang kan untuk kekal berkawan lama macam ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.