Tak Pernah Cuci Balang Sos Selama 60 Tahun, Ini Rahsia Restoran Jepun Hidang Makanan Sedap

Entertainment
22 Oct 2023 • 12:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah restoran popular di Tokyo, Jepun, mencetuskan kontroversi apabila sebuah rancangan TV tempatan mendedahkan bahan rahsia yang menyebabkan restoran itu menghidangkan makanan sedap adalah balang sos yang tidak dibersihkan selama lebih setengah abad.

image is not available

Abe-chan, sebuah restoran ‘pork skewer’ yang terkenal di pusat beli-belah Azabu Juban Tokyo, baru-baru ini dipaparkan dalam rancangan televisyen Jepun sebuah balang yang berkerak di restoran itu

Memetik laporan Odditiy Central, balang itu adalah balang sos yang sama dengan daging babi yang telah dicelup selama enam puluh tahun yang lalu.

Kerak coklat gelap di sekeliling balang adalah sos yang tumpah dan mengeras selama beberapa dekad. Menurut pemilik generasi ketiga Abe-chan, balang itu tidak pernah dibersihkan sejak enam dekad lalu, yang nampaknya menyumbang kepada rasa sos yang lebih sedap.

image is not available

Pemilik restoran itu juga berakta, kakitangan di Abe-chan hanya menuang lebih banyak sos ke atas sisa hari itu sebelum menutup dapur.

Kerak beku di sekeliling balang sos itu bukanlah perkara yang menyelerakan apabila memesan makanan jalanan, namun bagi pemilik Abe-chan ia adalah identiti bernilai yang dipamerkan di sebelah pemanggang.

image is not available

Restoran itu mula dibuka pasa tahun 1933 oleh datuk pemilik semasa, dan balang sos yang sama itu telah wujud sejak awal penubuhannya. Tradisi menambah sos tanpa benar-benar membersihkan bekas telah diikuti oleh ketiga-tiga generasi, dan pemilik semasa yakin bahawa ia menyumbang kepada kejayaan perniagaan keluarga.

image is not available

Beberapa pelanggan Abe-chan yang pernah berkunjung ke restoran itu mendakwa mereka telah tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan berikutan balang sos tersebut.

Tidak dinafikan juga sebahagian penonton rancangan televisyen itu menimbulkan kebimbangan mengenai kebersihan makanan di situ.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.