
Influencer yang juga bekas calon kerusi Parlimen Batu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau Cleopatra telah meluahkan rasa hairannya apabila menerima sijil pernikahan dari Thailand tanpa ‘menghadirinya’.
Menurut laporan, dia dikatakan telah berkahwin dengan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin pada tahun lepas.
Cleopatra, 30, kemudian telah memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin berkenaan dengan status ‘pernikahan’ dan sijil nikah yang diperolehnya itu.

Artikel berkaitan: “Siapa menteri belia sekarang?” – Cleopatra Dikecam Lepas Cakap Syed Saddiq ‘Layan’ TikTok Tapi Belia Hilang Kerja
Artikel berkaitan: “Dah kenapa nak kena focus kat situ?” – Cleopatra Diserang Netizen Sebab Pakai Kebaya Pergi Pejabat Menteri
“Anak guam saya tidak pernah ke Thailand”
Perkara ini juga dibuat katanya bagi menjernihkan status diri yang tak pernah berkahwin Bakri selain mahu siasatan dilakukan mengenai sijil nikah palsu itu.
Saya berharap dapat selesaikan (isu) ini secepatnya. Saya belum buat laporan polis, saya cuba nak elak (buat laporan polis) kerana tidak mahu menjatuhkan reputasi sesiapa,” katanya selepas prosiding sebutan kes.
Ketika prosiding berlangsung, Mohd Bakri, 70 selaku responden tidak hadir kerana mempunyai penyakit parkinson dan kanser prostat.
Terdahulu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, anak guamnya tidak pernah berkahwin dengan Mohd Bakri di negara jiran menerusi fizikal atau menggunakan aplikasi Zoom.

Anak guam saya tidak pernah ke Thailand berdasarkan tarikh dinyatakan dalam sijil nikah palsu itu.
“Kalau sudah pun eksibit pasport anak guam yang jelas menunjukkan tiada pergerakan keluar dan masuk ke negara seberang pada tarikh berkenaan,” katanya.
Bila ditanya bagaimana anak guamnya memperoleh sijil nikah, Akberdin berkata Cleopatra dikatakan menerima satu sijil nikah dari Thailand yang diberikan kepadanya dan neneknya yang dipercayai daripada pihak responden pada tahun lalu.
Bagaimanapun, dalam afidavit jawapan, pihak responden (Bakri) tidak mengaku dan kita tunggu apa yang diputuskan mahkamah nanti,” katanya.
Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat kemudian menetapkan 22 April ini bagi sebutan semula kes dan pihak-pihak berhujah berhubung permohonan status perkahwinan itu.
Sumber: mStar
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


