Tak Pernah Keluar Duit Untuk Keperluan Rumah, Ini Pesanan Neelofa Untuk Pasangan Bakal Berkahwin - “You Nak Kahwin, Husband Kena Sediakan Rumah…”

17 Oct 2024 • 10:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa memberitahu dia tidak pernah mengeluarkan wang untuk membayar keperluan rumah seperti bil air dan barang dapur sejak berkahwin dengan Haris Ismail.

Tanggungjawab suami

Menerusi podcast Neelofa berkata Haris atau PU Riz akan memastikan segala keperluan rumah dibawah tanggungjawabnya.

 

“Bil rumah, sewa, air, api, grocies dan semua memang saya tak pernah sentuh sejak saya berkahwin sebab itu tanggungjawab dia untuk menyediakan rumah, tempat tinggal, makanan, pakaian.

 

“Kadang-kadang saya pergi beli susu anak ke, pergi beli barang-barang nak masak, ikan, ayam semua kan. Dia akan tanya mana bil.

 

“Kalau kata saya tak minta dengan dia atau nampak plastik dekat dapur dia akan tanya ‘you pergi beli barang, jangan buat macam ini, sebab ini I kena bayar’,” kata Neelofa.

Reaksi Nora Danish

Dalam pada itu, pelakon Nora Danish yang menjadi tetamu di podcast tersebut turut tumpang rasa gembira dengan kehidupan Neelofa.

 

“Seronoknya kehidupan macam itu,” kata Nora.

Pesanan buat pasangan

Pada podcast itu juga, Neelofa turut menitipkan pesanan dan nasihat kepada pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.

 

“You nak kahwin, husband kena sediakan rumah, sekecil mana pun mengikut kemampuan dia, you kena terima. Sebab kalau you tak boleh terima kemampuan bakal suami you, benda itu akan jadi problem nanti.

 

 

“Banyak orang nak sort that out selepas kahwin. Kata tak apa la, kita cinta-cinta dulu, kahwin dulu boleh fikir benda itu nanti padahal benda itu kena bincang dahulu dan faham benda itu baru kahwin,” ujarnya.