Tak Pernah Keluarkan Kenyataan Alasan Bercerai, Pemfitnah Fazura Bakal Disaman

Entertainment
25 Sep 2024 • 12:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketika isu perceraian pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin yang hangat diperkatakan, timbul spekulasi tentang punca keretakan rumah tangga mereka.

Fazura bersama peguam syarie yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata pihaknya sudah mengenal pasti beberapa individu yang membuat kenyataan buruk tentang mereka.

Ini disebakan anak guamnya tidak pernah memberikan sebarang kenyataan termasuk punca di sebalik permohonan cerai itu.

Justeru, Fazura menerusi pihak pengurusannya bakal mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan fitnah berkenaan.

“Kami sudah kenal pasti empat hingga lima pihak dan akan ambil tindakan terhadap yang memulakan buat kenyataan.

“Pihak pengurusan terkilan dengan kenyataan yang memftnah Fazura. Kami tidak biarkan isu sebegini dibangkitkan,” kata Fakhrul.

Fazura tak pernah keluarkan kenyataan curang

Jelasnya, alasan bercerai ada dalam fail mahkamah dan kedua-dua pihak tidak pernah memberi sebarang kenyataan tentang kehidupan rumah tangga mereka.

“Kita nak cuba selesaikan tanpa mengaibkan mana-mana pihak. Fazura tak pernah buat kenyataan curang.

“Buat masa ini atas dasar tiada persefahaman,” ujarnya.

Sementara itu, Fazura juga akui dia sedar terdapat kenyataan yang dikeluarkan daripada orang terdekat mengenai perkahwinannya namun tidak mahu memberi sebarang komen.

Susulan prosiding harini, kes permohonan cerai ditangguhkan ke 7 Oktober depan.

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.