Tak Pernah Melancong Ke Luar Negara? Ini Tips Yang Boleh Diikuti Sebagai ‘First Timer’

TravelLifestyle
3 Dec 2024 • 1:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melancong ke luar negara adalah satu pengalaman yang membuka pandangan, memberi peluang untuk mengenali budaya baru dan menikmati keindahan tempat-tempat menarik di dunia.

Menerusi aplikasi X, seorang individu telah berkongsi beberapa tips buat mereka yang pertama kali ingin melancong ke luar negara.

  • Agen pelancongan

image is not available

Untuk mengelakkan anda terkapai-kapai ketika melancong, disarankan untuk menggunakan khidmat agen pelancongan.

  • Rancang perjalanan

image is not available

Jika melancong tanpa agen, adalah lebih baik jika rancangan perjalanan ini dibuat. Cetak juga resit tempahan hotel dan tiket penerbangan semula ke Malaysia kerana terdapat sesetengah negara yang ‘strict’ seperti Australia kerana mereka khuatiri pelancong yang datang bukan untuk melancong tetapi untuk bekerja.

image is not available

image is not available

  • Buat kajian tentang syarat dan peraturan negara yang ingin dilawati

image is not available

Digalakkan untuk membuat kajian tentang tempat yang ingin dilawati kerana setiap negara mempunyai peraturan yang tersendiri. Adalah lebih baik jika diteliti tentang barang larangan yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara tersebut.

  • Pembelian tiket

image is not available

Menurut individu tersebut, jika ingin mendapatkan harga tiket yang murah, beli tiket pada hari Selasa atau Rabu. Harganya tidak lah terlalu murah namun ia lebih jimat daripada biasa. Jika ingin melayari laman sesawang untuk membeli tiket, lakukan dalam ‘Incognito Mode’, jika tidak Google dapat ‘detect’ dan harga tiket akan naik.

  • Passport

image is not available

Pastikan passport hidup dan masih berbaki lebih dari enam bulan kerana dalam tempoh enam bulan kebawah tidak boleh digunakan untuk keluar dari negara. Passport juga hendaklah dijaga dengan baik kerana jika berlaku kehilangan atau kerosakan, pemiliknya akan didenda dan jadual penerbangan anda akan tergendala.

  • Bidet

image is not available

Kebanyakan tandas di luar negara tidak mesra bidet. Jadi digalakkan untuk membawa ‘portable bidet’.

image is not available 2 weeks ago

‘First Time’ Nak Naik Kapal Terbang? Ini Syarat Yang Patut Tahu Sebelum Naik Kapal Terbang