Tak Pernah Memandu Tapi Tetap Nak ‘Test Drive’ Hadiah Pre-Wedding, Pengantin Langgar Mati Makcik Sendiri

Entertainment
5 Nov 2022 • 12:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Majlis perkahwinan sepatutnya menjadi detik indah bagi sesebuah keluarga. Namun, lain pula yang terjadi pada keluarga ini selepas pengantin lelaki terlanggar ibu saudara sendiri sehingga maut semasa sedang test drive hadiah pre-wedding.

Times of India melaporkan, pengantin lelaki, Arun Kumar, 24, telah dihadiahkan sebuah kereta oleh keluarga bakal isterinya semasa upacara ’tilak’ yang dilangsungkan di sebuah kampung di daerah Etawah, India.

image is not available
Gambar hiasan

Untuk pengetahuan, upacara tilak merupakan satu upacara bertukar hadiah dan pemakaian tilak (sejenis pes yang disapu ke dahi bakal pengantin lelaki bagi memastikan dia bakal menjadi suami dan bapa penyayang) sebagai tanda restu bapa pengantin perempuan.

Meskipun tidak mempunyai lesen memandu dan tidak pernah memandu seumur hidupnya, mungkin kerana terlalu gembira, Arun memilih untuk memandu kenderaan baru yang diterimanya.

Walau bagaimanapun, akibat tersilap menekan minyak, Arun telah melanggar ahli keluarganya yang sedang melihat di tepi. Insiden berkenaan telah mencederakan empat yang lain termasuklah seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

Sarla Devi, 35, iaitu makcik kepada Arun pula disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas terperosok di bawah kereta.

Arun bagaimanapun dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa dan telah dituduh cuai dalam memandu sehingga menyebabkan kematian dan beberapa kesalahan lain.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.