Tak Pernah ‘Sentuh’ Bil Sejak Kahwin, Neelofa Kongsi Cara PU Riz Beri Nafkah – “Bil Api, Air, Sewa, Grocery Semua…”

LocalEntertainment
18 Oct 2024 • 11:00 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian Neelofa menerusi podcast tentang bagaimana suaminya, PU Riz menjaga nafkah dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga mendapat perhatian warganet.

Ketika podcast itu, usahawan terbabit mendedahkan dia tidak pernah ‘menyentuh’ semua jenis bil seperti bil air dan api sejak mereka berkahwin.

image is not available

Ujarnya, kadang kala jika dia membeli barangan sendiri dan apabila pulang ke rumah PU Riz akan menegur untuk tidak mengambil tanggungjawab suami untuk menyediakan semua itu.

Kadang-kadang I beli susu anak ke barang nak masak, ayam atau ikan macam tu dia tanya mana bil? Dia kata jangan buat macam ni, benda ni I kena bayar.

Kata Neelofa lagi, PU Riz mengajarnya tentang tanggungjawab suami yang perlu menjaga dan memberikan keselesaan kepada isteri selepas ‘mengambil’ wanita itu daripada tanggungan bapa mereka.

Jadi, kita berhak memberi hormat kepada dia (suami) untuk dia memimpin keluarga, kerana itulah kita kena tunduk kepada suami.

image is not available 1 day ago

"Biar Sikit, Kerana Ia Adalah Satu Keberkatan" - Nora Danish Nasihat Suami Jangan Sesekali Culas Dalam Pemberian Nafkah