Tak Pernah Tunjuk Kekayaan, Netizen Puji Sikap Khairul Aming Sebagai Majikan - “Kereta Mewah Apa Je Dia Pakai?”

29 Mar 2025 • 11:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming mendapat perhatian ramai selepas meneruskan tradisi meraikan hampir 100 pekerjanya sempena lebaran.

 

Terbaharu, menerusi perkongsian di akaun X, seorang warganet memuji sikap Khairul Aming atau KA yang dianggap bersikap sederhana dan tidak bermewah. 

image is not available

“Memang la KA boleh spend lebih lebih dekat staff dia, kau tengok la kereta mewah apa je dia pakai? 

 

“Senang cakap, barang mewah/hobi mewah apa je dia buat? 

 

Bos korang kalau asyik tukar kete BMW Mercedes setiap tahun, lambat lagila nak dapat macam staff KA,” luah individu tersebut. 

 

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum dan memuji sikap KA sebagai majikan.

 

Dia pilih belanja duit yang untung kepada staff dia daripada self enjoyment. Mungkin ini kegembiraan yang dia nak capai.

 

“KA ni spend mewah juga. Tapi spend mewah untuk akhirat. Harta untuk akhirat yang dia byk perabihkan. Belanja mak dia, belanja staff dia. Buat amal. Belanja dunia ni seronok kejap je. Belanja untuk akhirat kekal selamanya,” komen beberapa netizen. 

 

Usahawan serta pempengaruh terkenal, Khairul Aming menarik perhatian orang ramai apabila meneruskan tradisi meraikan hampir 100 pekerjanya sempena lebaran.

 

Khairul Aming menerusi sebuah video di TikTok berkongsi dia mengeluarkan belanja untuk stafnya dengan membeli baju raya, barang dapur selain memberi duit raya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved