“Tak sangka boleh kalah seteruk ini. Lawan Malaysia benar-benar susah,” – Kim Sang Sik

LocalFootball
11 Jun 2025 • 9:19 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

“Tak sangka boleh kalah seteruk ini. Lawan Malaysia benar-benar susah,” – Kim Sang Sik

Harimau Malaya akhirnya berjaya menunjukkan taring apabila mencatat kemenangan bergaya ke atas musuh tradisi, Vietnam, dengan keputusan 4-0 dalam aksi Kumpulan F, kempen Kelayakan Piala Asia 2027 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kemenangan itu bukan sahaja mengubat kekecewaan peminat, malah menyaksikan Malaysia merampas kedudukan teratas Kumpulan F dengan mengumpul enam mata penuh, meninggalkan Vietnam di tangga kedua dengan tiga mata.

Dalam satu temu bual bersama Ketua Jurulatih Vietnam, Kim Sang Sik selepas perlawanan jelas menunjukkan kekecewaan beliau terhadap keputusan tersebut.

Bagaimanapun, beliau ‘mengakui’ kekuatan skuad bola sepak Malaysia.

“Tak sangka boleh kalah seteruk ini. Lawan Malaysia benar-benar susah,” katanya.

https://www.facebook.com/watch/?v=1437426400817150&rdid=uVBA0UXcK0TZGlf3

Pada aksi di hadapan lebih 60,000 penonton malam ini, Malaysia menamatkan badi 11 tahun tanpa kemenangan ke atas Vietnam dengan meledak empat gol tanpa balas hasil jaringan Joao Figueiredo pada minit ke-49, Rodrigo Holgado (‘59), Corbin Ong (‘67) dan Dion Cools (‘89).

Sumber: Harimau Malaya/FB, BERNAMA