Tak Sangka, Pelancong Dedah 5 Perkara Buat Dia ‘Terkejut’ Bila Sampai Malaysia

LocalTravel
21 Aug 2025 • 9:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tak Sangka, Pelancong Dedah 5 Perkara Buat Dia ‘Terkejut’ Bila Sampai Malaysia

Melancong ke negara luar sememangnya memberikan pelbagai pengalaman yang tidak terjangka kepada semua orang. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan.

Apatah lagi apabila melihat bagaimana budaya dan sistem di negara orang yang mungkin tidak ada di negara sendiri. Mungkin tidak ramai yang sedar bahawa ramai pelancong dari luar gemar datang ke Malaysia kerana perkara tersebut.

Keunikan budaya, rakyat yang peramah dan pelbagai lagi keistimewaan yang mungkin kita sendiri tidak sedar selama ini.

Sama juga seperti yang dikongsikan oleh pelancong dari Ireland ini mengenai perkara yang ‘mengejutkannya’ apabila berkunjung ke Malaysia. Ia mungkin tidak pernah dirasai di negaranya.

Samantha Smith menerusi perkongsian di TikTok menyenaraikan lima perkara yang membuatkannya dan keluarga terkejut, tetapi dalam masa sama teruja ketika hari pertama di sini.

Banyak restoran buka lewat malam

Menurutnya, dia dan keluarga tiba di Malaysia pada jam 1 pagi dan sangat lapar pada ketika itu. Dia meluahkan rasa terkejut apabila masih banyak restoran yang dibuka pada waktu tersebut.

“Waktu itu sudah jam 1 pagi di Kuala Lumpur dan kami sangat lapar. Kami terkejut tapi gembira apabila mendapati begitu banyak restoran masih dibuka.

image is not available
Kredit: Samantha Smith

Makanan dimasak fresh

“Sudah tentu, makanan pertama kami di Malaysia mestilah nasi lemak. Walaupun pukul 1 pagi, masih boleh jumpa makanan yang dimasak fresh,” katanya

Hidangan lewat malam itu menjadi permulaan kepada perjalanan mereka meneroka pelbagai lagi makanan di Malaysia yang tidak boleh dilupakan.

“Mulai dari saat itu, setiap suapan seolah-olah menceritakan sebuah kisah.” ujarnya.

image is not available
Kredit: Samantha Smith

Jus tembikai

Dia turut berkongsi keterujaan saat memesan jus tembikai untuk anaknya. Katanya, minuman segar itu boleh ditemui hampir di setiap penjuru jalan.

“Ini gambar pertama yang saya ambil di Malaysia. Buat anak kami yang berusia 3 tahun, inilah jus tembikai pertamanya,” katanya.

image is not available
Kredit: Samantha Smith

Beli aiskrim 2 pagi

Samantha juga berkongsi bahawa dia masih lagi boleh membeli aiskrim untuk anak lelakinya walaupun sudah hampir pukul 2 pagi.

image is not available
Kredit: Samantha Smith

Pemandangan KL

Lebih mengujakan, dia terpesona melihat pemandangan waktu malam di Kuala Lumpur yang dilimpahi cahaya lampu.

“Ketika itu, kami tak pernah terfikir Malaysia akan jadi begitu istimewa buat kami,” katanya.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian rakyat Malaysia, ramai yang mengalu-alukan kedatangannya sekeluarga. Malah, ada yang turut mencadangkan tempat-tempat menarik di negara ini.

image is not available
Kredit: Samantha Smith

“Best kan Malaysia. Tiada benda yang tidak seronok dekat Malaysia”

“Burger Ramly pun best juga”

“Kuala Lumpur bandar yang tak pernah tidur”

View Original Article